Your cart is currently empty!

Anda Tanya Kami Jawab
12 persoalan anda berkaitan Reunion ATJ 2025
Mukadimah
Reunion kali ini bertemakan Gemilang Silam: Kenduri Kampung, satu tema yang dipilih bukan sekadar untuk mengimbau kenangan, tetapi sebagai usaha bermakna untuk menghimpunkan kembali ahli-ahli alumni bagi menghargai jasa guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu, kasih sayang dan pengorbanan tanpa jemu.
Ambillah peluang ini untuk meraikan persahabatan yang terjalin, dan menyatakan penghargaan selagi masa masih memihak kepada kita. Kerana kelak, apabila segalanya telah pergi, yang tinggal hanyalah kenangan.
Bagai sirih pulang ke gagang,
Jasa disemat dalam ingatan;
Budi yang baik sentiasa dikenang,
Amanat guru jadi pedoman.
Senja berlabuh berakhirlah siang,
Singgah merpati rehat di taman;
Budi guru sentiasa dikenang,
Menjadi suluh penunjuk jalan.
Soalan 1: Bilakah Reunion 2025?
Tarikh : 13 September 2025
Hari : Sabtu
Masa: 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Namun program akan bermula seawal jam 9.00 pagi dan akan diakhiri dengan persembahan bunga api pada sebelah malam.
Soalan 2: Di manakah Reunion 2025?
Rumah Kayu 1928 by: Doplohtiga Space Kuang,
Lot 2766, Lorong Teratai, Kampung Sungai Pelong, 47000 Kuang, Selangor
Google Maps
Soalan 3: Kenapa pilih Rumah Kayu 1928, bukan di tempat lain?
Kami pilih lokasi yang cantik dan nyaman di Kuang, Selangor sebab tempat ini menepati tema reunion kali ini.
Tambahan lagi, pemilik tempat ini ialah tidak lain dan tidak bukan, batchmate tahun 95/96, JD β€οΈ.Kami amat berterima kasih kepada saudara JD kerana sudi menawarkan tempatnya pada harga yang istimewa.
π Sebagai tanda penghargaan, marilah kita bersama-sama mendoakan kebaikan, kebajikan dan rezeki yang melimpah-ruah buat JD.
Jom tag lokasi ini dalam posting media sosial masing-masing, sebagai satu lagi tanda sokongan dan penghargaan kita kepada JD.
Meh kami cerita sikit :
Rumah kampung dan suasana kampung di tempat inilah menjadikan kami jatuh cinta. Jadi kami rasa, lokasi ini kena tepat dengan tema “Gemilang Silam: Kenduri Kampung”.
Ini juga kali pertama reunion dibuat secara terbuka dan santai, sangat berbeza daripada konsep biasa dalam dewan. Pihak kami ingin menyulam rasa kekeluargaan seperti kenduri kampung sebenar yang tenang, mesra dan penuh makna.
Saudara JD juga telah berbesar hati untuk memberikan akses lebih awal ke lokasi bagi membuat persiapan dan dekorasi. Biasanya akses awal kena bayar caj tambahan tau, kalau kita buat di lokasi komersial
Soalan 4: Macam mana pula dengan tempat letak kereta? π ΏοΈ
Ya, pihak kami akui bahawa ruang letak kereta agak terhad tetapi jangan risau, pihak kami sudah bersedia dengan pelan tindakan seperti berikut:
π Servis valet untuk kawal aliran trafik
π Sewa homestay berdekatan (boleh kongsi kereta untuk yang bermalam)
π Saranan carpool dan point drop-off khas
Info lanjut akan dikongsi apabila semakin hampir dengan tarikh reunion nanti.
Soalan 5: Kenapa tidak buat di dewan atau MRSM TGB/Jasin?
Pihak kami sudah pertimbangkan tetapi:
π Akses ke MRSM agak terhad pada hujung minggu
π Jika buat di dewan biasanya akan ada banyak kekangan dari segi bunyi, makanan dan dekorasi.
Dan⦠suasana dewan tidak akan mampu memberi rasa yang kita mahukan untuk reunion kali ini.
Kali ini, pihak kami mahukan sesuatu yang lebih istimewa, yang lebih menyentuh hati, santai dan bersifat peribadi.
Soalan 6: Apa yang buat reunion kali ini lain daripada semua reunion sebelum ini?
Banyak bezanya kerana kita bukan sekadar datang, nak makan, ambil gambar dan lepas tu balik.
π‘ Julung-julung kali reunion dibuat gaya kenduri kampung, outdoor dan santai
π Tema: “Gemilang Silam: Kenduri Kampung” – ringkas, mesra & penuh makna
π Lebih dari sekadar perjumpaan semata-mata kerana ini adalah sambutan persahabatan, perjalanan hidup & komuniti
π§ Konsep mesra keluarga supaya anak-anak kita pun dapat merasa kemeriahan dan ikatan persahabatan kita
Soalan 7: Berapa harga tiket dan macam mana nak tempah ye?
ποΈ Tiket Individu: RM60/seorang
πͺ Tempahan Berkumpulan (Meja 10 orang): RM500 sahaja (RM50/pax). Jimat RM100!π
Pihak kami sangat menggalakkan tempahan berkumpulan supaya lebih mudah untuk:
π Susun tetamu
π Atur layout meja
π Tempah makanan
π Susun event supaya lancar
Tak cukup 10 orang? Tak apa! Anda boleh je daftar sebagai individu.
π Bayaran penuh sahaja (tiada deposit)
π Tempahan berkumpulan perlu dibayar penuh sekaligus
π Tempahan hanya disahkan selepas bayaran diterima
π
Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi. Nantikan info rasmi daripada pihak kami.
Soalan 8: Macam mana dengan cikgu-cikgu kesayangan kita?
π½οΈ Meja Guru: RM100 seorang / RM1,000 satu meja
Termasuk:
π₯ Hidangan penuh
π Cenderamata eksklusif
π Tanda penghargaan khas
π Jika anda berhajat untuk memberi hadiah peribadi kepada cikgu, sangatlah dialu-alukan! Sentuhan peribadi anda pasti akan membuat mereka lebih terharu.
Soalan 9: Boleh tak bawa pasangan & anak-anak?
Sudah tentu boleh! Pihak kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda sekeluarga supaya anak-anak kita boleh berkenalan dan menjadi sebahagian daripada legasi persahabatan ini.
Untuk anak-anak di bawah umur 15 tahun, pihak kami akan menyediakan:
π Zon khas kanak-kanak
π Menu mesra kanak-kanak
π Aktiviti & permainan santai yang secara tidak langsung memberi mereka peluang untuk dapat kawan baru
ποΈ Harga khas untuk kanak-kanak akan diumumkan tidak lama lagi. Sila hubungi Person-In-Charge (PIC) untuk tempahan tempat bagi anak anda apabila pendaftaran dibuka kelak.
Soalan 10: Saya bukan AJK, tetapi saya ingin bantu. Boleh ke?
Mestilah boleh! Bantuan semua amat dialu-alukan. Ini kan acara kita bersama, dari kita, untuk kita!
Anda boleh:
π Jadi sukarelawan
π Taja hadiah, logistik atau servis
π Bantu berhubung semula (reconnect) dengan kawan-kawan batch lain
π’ Jika anda berminat untuk menaja gerai makanan (contoh: kuih, air balang, snek dan lain-lain), sila hubungi pihak kami lebih awal untuk memudahkan urusan.
Soalan 11: Apa aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program?
Malam Sebelum Reunion:
π Bacaan Yassin untuk rakan-rakan dan para guru yang telah pergi mendahului kita.
Hari Acara Utama:
π Sesi perkongsian & pameran di atas Rumah Kayu (Tinta Mas ATJ )
π Segmen penghargaan guru
π Jamuan ala kenduri kampung
π Persembahan & penghargaan
π Sesi bergambar kenangan dan masa untuk beramah-mesra
π Jualan produk ahli ATJ
Waktu Petang:
π Permainan ringan/sukaneka
π Aktiviti santai bersama keluarga
π Sesi santai dan penuh kenangan ala kampung
Jadual penuh akan dikongsi bila tarikh reunion semakin hampir nanti π
Soalan 12: Kalau sudah tempah, tetapi tidak boleh hadir sebab perubahan saat akhir, macam mana ya?
Maklumkan pihak kami lebih awal dan kami akan cuba bantu:
π Tukar tempat kepada rakan batch lain
π Pertimbangan refund separa (bergantung pada kos yang telah dibuat)
Pesanan Akhir,
Reunion kali ini bukan sekadar reunion…
Ia adalah pertemuan sebuah persahabatan, penghargaan kepada insan-insan yang telah memberi panduan hidup dan satu sorotan perjalanan hidup kita selama bertahun-tahun. Bawalah juga:
β¨ Positiviti
β¨ Aura yang baik
β¨ Sokongan padu antara satu sama lain
Bawa senyuman, tunjukkan kebaikan dan tinggalkan kenangan gemilang.
Gemilang Silam, Kenduri Kampung adalah sebuah kenangan yang bakal terpateri dalam diri anda semua . Marilah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ini.
Ada idea atau nak menyumbang sesuatu? Ayuh, hubungi kami.
Mari jadikan reunion ini satu kenangan manis abadi yang kita semua takkan lupakan untuk selama-lamanya. π«
π Hubungi Pihak AJK berikut untuk urusan tempahan, penajaan atau sukarelawan:
Penajaan & Program:
Husni [ +6019-212 1886 ]
Shaja [ +6013-7445001 ]
Ayu [ +60 12-356 5225 ]
Pembayaran & Tempahan:
Ahmad Yuhana [+6012-227 1304 ]
Wahida – [+6019-667 1552]
Wan Syasliza – [+6012-329 2544 ]
Siti Nursarjana – [+6017-855 0788 ]
Pertanyaan Umum:
JD – [+6012-548 9479]
Shaja – [ +6013-7445002 ]
Julia – [+6012-245 2160 ]
(Nama & nombor AJK akan dikemaskini dari masa ke semasa)
